in

Mangsa pertempuran di Nigeria meningkat kepada 85 orang

nigeria2

JOS, 18 Mei – Pertempuran antara penternak dan petani di  tengah Nigeria telah mengorbankan  85 penduduk berbanding 30 orang, kelmarin.

Wilayah itu yang memisahkan penduduk beragama Islam di utara dengan penganut Kristian di selatan, menghadapi keganasan kaum dan agama sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Majlis Kerajaan Tempatan, Daput Daniel memaklumkan, pihaknya menemui 85 mayat yang dipercayai mangsa dalam pertempuran berkenaan selain puluhan yang lain dilaporkan cedera.

Lebih menyayat hati puluhan rumah penduduk  musnah akibat pertempuran ganas  sekali gus menyebabkan penduduk kini tiada tempat untuk berlindung.

 Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri pula memaklumkan, penduduk kini melarikan diri dan berhimpun secara beramai-ramai di jalan-jalan raya utama. 

Bagaimanapun sehingga kini punca sebenar yang menyebabkan  pertempuran tersebut tercetus  masih dalam siasatan. 

Sementara itu pasukan polis berjaya menahan lima suspek utama yang dipercayai terlibat dalam pertempuran berkenaan.

Malah sepasukan anggota polis di kerah ke lokasi kejadian bagi memantau  keadaan selain memastikan penduduk setempat berada dalam keadaan selamat. – Agensi

WhatsApp Image 2023 05 18 at 9.13.24 PM

‘Saya bakal PM baharu Thailand’ – Pita Limjaroenrat

WhatsApp Image 2023 05 18 at 10.16.30 PM

Reman suspek kes dera bayi disambung lagi, lengkapkan siasatan polis