in ,

Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri yang buat onar di KLIA

akmal 1
etua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang walaupun siapa dan apa sekalipun jawatan.

KUALA LUMPUR, 30 Jun  – Tindakan tegas termasuk melucutkan jawatan sebagai menteri wajar diambil ke atas seorang menteri  berikutan didakwa membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, negara kita memiliki undang-undang dan tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang ini dalam apa sekalipun jawatan mereka.

“Saya mohon Perdana Menteri untuk mengambil tindakan tegas terhadap kelakuan menteri yang tidak wajar ini.

“Seharusnya (individu itu) dilucutkan jawatan sebagai menteri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Sebelum ini,  tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Dalam kejadian petang Khamis itu, menteri terbabit didakwa masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan dan dipercayai bertindak sedemikian bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.

Malah, menteri itu juga dilaporkan memarahi polis bantuan KLIA dan pegawai imegreswn ketika cuba membantu wanita terbabit.

Justeru, Muhamad Akmal menegaskan, perbuatan menteri terbabit sama sekali tidak boleh diterima oleh rakyat di negara ini.

Malah akuinya jawatan menteri bukan tiket untuk melakukan apa sahaja tindakan sebaliknya ia merupakan amanah rakyat yang wajib digalas. 

“Menteri bukan bermakna kamu boleh melakukan apa sahaja, menteri bermakna kamu perlu bekerja dan melaksanakan amanah rakyat bukan sebaliknya,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230630 WA0024

Gerai kotor, diubah suai secara haram

pesawat

Mahasiswa IPTA bakal terima bantuan tiket penerbangan