in

9 maut stor mercun meletup

Letupan kira-kira jam 2.30 petang waktu Thailand itu, dipercayai berlaku di stor milik pembekal bahan berkenaan - Gambar oleh Agensi

YALA, 29 Julai – Sekurang-kurangnya sembilan maut, manakala puluhan lagi cedera selepas stor menyimpan bunga api dan mercun dekat Pasar Mundok di sebelah Thailand yang bersempadan dengan pekan ini, meletup petang tadi.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

Semua mangsa dilaporkan warga tempatan – Thailand.

Letupan kira-kira jam 2.30 petang waktu Thailand itu, dipercayai berlaku di stor milik pembekal bahan berkenaan – Gambar oleh Agensi

Letupan kira-kira jam 2.30 petang waktu Thailand itu, dipercayai berlaku di stor milik pembekal bahan berkenaan.

Semua mangsa yang terbunuh dan cedera dalam kejadian itu dikejarkan untuk rawatan di Hospital Sungai Golok.

Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak berkuasa Thailand.

Kejadian itu bukan setakat memusnahkan stor berkenaan tetapi turut menyebabkan kerosakan pada banyak kediaman penduduk sekitarnya.

Letupan kira-kira jam 2.30 petang waktu Thailand itu, dipercayai berlaku di stor milik pembekal bahan berkenaan – Gambar oleh Agensi

Pasar Mundok terletak bertentangan dengan Kampung Bukit Lata, Rantau Panjang, dan menjadi antara lokasi pilihan penduduk daerah ini berbelanja.

Meskipun dipisahkan oleh Sungai Golok, namun gegaran akibat letupan kuat itu dirasai penduduk hingga sebelah Rantau Panjang.- nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 29 at 9.00.05 PM

Mampukah Mourinho selamatkan karier Sanches

Asnaf kena ‘sidai’ angkara penganjur tak bayar sewa bas