JHARKHAND, 24 Julai – Seorang pengantin baru ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik air di rumah mentuanya di daerah Hazaribag, India, semalam.
Memetik India Today, pengantin perempuan yang berusia 18 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada 13 Jun itu dipercayai menjadi mangsa penganiayaan oleh keluarga suaminya.
Selain dikatakan ada kaitan dengan pemberian mas kahwin.
Polis kemudian menahan suami wanita berkenaan dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Namun dua lagi abang dan kakak ipar yang didakwa menganiaya wanita malang itu telah melarikan diri.
Berdasarkan laporan polis, bapa mangsa mendakwa anaknya sering mengadu tidak selesa tinggal di rumah keluarga suami berikutan sering diseksa.
Keadaan itu menyebabkan lelaki itu mengesyaki kejadian buruk yang melanda anak perempuan itu dilakukan keluarga menantunya.
Bercerita lanjut, bapa itu berkata, dia sangat sedih selepas penemuan anak perempuan yang ditemui dalam keadaan digantung di bilik air di rumah besanny kononnya wanita itu membunuh diri.
Selepas penemuan berkenaan, mayat waita berkenaan dihantar ke hospital utuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian sebenar
Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang dijalankan. -Agensi