in

41 terkorban akibat hujan lebat tanpa henti di India

india bnjr
Penduduk menyelamatkan diri dan berpindah ke lokasi lebih selepas hujan lebat berterusan menyebabkan 41 maut di di Himachal Pradesh, utara India.

NEW DELHI, 12 Julai – Banjir kilat  dan kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan di utara India telah mengorbankan  sekurang-kurangnya 41 orang sejak hujung minggu lalu.

Ketua Menteri Himachal Pradesh, Sukhvinder Singh Sukhu berkata, 31 orang telah meninggal dunia di Himachal Pradesh, manakala 10 lagi dilaporkan  meninggal dunia di negara jiran Punjab.

india 2
Penduduk dipindahkan ke lokasi lebih selamat dengan helikopter selepas kediaman dan jalan raya musnah akibat hujan lebat berterusan. -AFP

Sehingga kini 1,300 jalan raya ditutup akibat tanah runtuh dan banjir kilat, manakala 40 jambatan turut musnah selepas hujan lebat tanpa henti selama tiga hari di negeri Himachal Pradesh.

Situasi  itu menyebabkan enam buah helikopter dikerah ke kawasan terjejas dan hampir 2,000 penduduk berjaya dipindahkan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Polis, Satwant Atwal berkata, 41 orang dilaporkan maut dalam beberapa kejadian berkaitan hujan sejak Ahad lalu.

Selain itu, seramai 250 pelancong terkandas di Chandertal, 300 di Sissu serta 300 lagi di beberapa kawasan di daerah Mandi. – Agensi

anthony loke 1

Pelajar UA terima baucar RM300 tiket penerbangan

Kontrak Safuwan di NSFC tidak disambung