in

Myanmar perlu beri jaminan kepada minoriti Rohingya supaya kembali dengan selamat

rohingya 1
Golongan minoriti Rohingya bimbang kepulangan semual Myanmar akan diseksa dan menjadi manga penganiayaan tentera.

DHAKA, 24 Julai – Masyarakat antarabangsa digesa memberi tekanan kepada Myanmar berikutan cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar semula golongan minoriti itu ke tanah airnya.

Aktivis Rohingya di Bangladesh, Mohammed Rezuwan Khan berkata, semua rakan senegara teruja da  tidak sabar untuk pulang ke tanah air, namun bimbang akan dianiaya semula pihak tentera Myanmar.

“Semua Rohingya tidak sabar untuk pulang ke tanah air, tetapi perlu ada keadaan yang kondusif di Rakhine.

“Dalam keadaan sekarang, jika kami kembali, kerajaan Myanmar akan menganiaya kami lagi,” katanya.

Katanya sehingga kini, komuniti Rohingya di Cox’s Bazar kini sedang menderita kerana mencari kepastian mengenai masa depan mereka.

Atas dasar itu katanya, bagi memastikan penghantaran semua golongan tersebut, masyarakat antarabangsa perlu memberi tekanan terhadap kerajaan Myanmar.

Katanya, komuniti Rohingya di Cox’s Bazar kini sedang menderita kerana mencari kepastian mengenai masa depan mereka.

Justeru beliau merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk memastikan penyelesaian yang mampan untuk tangani krisis Rohingya ini. 

Awal bulan ini, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menerima pakai resolusi mengenai situasi hak asasi manusia Rohingya dan minoriti Myanmar yang lain, menjadikannya antara yang terbaharu menyeru kerajaan di Naypyidaw untuk mewujudkan “keadaan yang kondusif untuk penghantaran pulang secara sukarela, selamat dan bermaruah. – Agensi

baby shima

Baby Shima mahu sertai PRN sebagai calon bebas

mati

Pengantin ditemui mati di dalam tandas angkara dianiaya keluarga mentua