in

Penahanan Imran Khan tidak sah, perlu dibebaskan segera

imran tahan

ISLAMABAD, 11 Mei – Mahkamah Agung Pakistan hari ini  mengisytiharkan penahanan bekas Perdana Menteri, Imran Khan, Selasa lalu sebagai tidak sah.

Hakim Tinggi Pakistan, Umar Ata Bandial berkata, pembebasan segera perlu dilakukan.

Malah penahanannya yang dibuat ke atas bekas pemimpin itu adalah menyalahi undang-undang.

pertempuran
Kira-kira 10 dilaporkan maut dan lebih 2,000 penyokong yang lain ditahan kerana terlibt dalam protes ganas selepas penahan Imran Khan, kelmarin

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan puluhan pegawai keselamatan secara paksa mengeluarkan pemimpin berusia 70 tahun dari mahkamah kemudian memasukkan semula ke kenderaan polis.

Imran yang kini merupakan ketua pembangkang telah digulingkan dalam undi tidak percaya April tahun lalu dan telah dibawa ke mahkamah tinggi atas perintah hakim tinggi Pakistan.

Penahanan Imran telah mencetuskan pertmpuran antaran penyokong dan tentera kerajaan.

Malah sehingga kini kira-kira 10 dilaporkan maut dan lebih 2,000 penyokong yang lain ditahan kerana terlibat dalam protes ganas yang berlaku di beberapa kawasan di negara berkenaan selepas penahan bekas pemimpin utama negara.

Imran didakwa atas pertuduhan menjual secara tidak sah hadiah-hadiah negara sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun Imran menafikan dan menjelaskan beliau memenuhi semua keperluan undang-undang. -nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 2

Dua kanak-kanak nyaris maut dalam kebakaran di Batang Kali

20230512 002030

Skuad badminton terpaksa berpuas hati dengan pingat perak