in

Imran Khan dibebaskan tuduhan membunuh peguam

imran

ISLAMABAD, 28 Ogos – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dibebaskan daripada tuduhan membunuh seorang peguam di bandar selatan Quetta, Jun lalu.

Imran telah didakwa bersubahat membunuh peguam Mahkamah Agung, Abdul Razzaq yang ditembak di bandar barat daya Quetta. Anak Abdul Razzaq mendakwaImran sebagai dalang pembunuhan bapanya.

Hari ini, Mahkamah Pakistan menolak tuduhan membunuh ke atas Imran tanpa menjelaskan lanjut mengenai keputusan berkenaan.

Imran sebelum ini telah berdepan lebih 100 kes pendakwaan sejak disingkirkan dalam undi tidak percaya Parlimen pada April 2022, selepas berselisih dengan tentera berkuasa Pakistan.

Keadaan itu Imran tidak boleh bertanding dan telah dihalang daripada memegang jawatan politik selama lima tahun.

Pilihan raya umum dijangka berlangsung pada November, namun terdapat kemungkinan akan ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya awal tahun depan. – Agensi

Pemuda UMNO ada resepi pujuk pengundi Pulai

gempa

Gempa 7.0 magnitud gegar Laut Bali