in ,

Dua kanak-kanak nyaris maut dalam kebakaran di Batang Kali

ezgif.com webp to jpg 2

HULU SELANGOR, 11 Mei – Dua beradik perempuan berjaya diselamatkan oleh jiran selepas menyedari berlaku kebakaran di kediaman kanak-kanak berkenaan di bandar utama Batang Kali di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 3.02 petang.

Sepasukan 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan Rawang dikerahkan ke lokasi.

hafsham
Hafisham berkata, kebakaran dipercayai bermula dari dapur dengan anggaran kemusnahan kira-kira 70 peratus

“Berdasarkan laporan awal, kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat.

Terdapat dua kanak-kanak perempuan  berusia dua dan tiga tahun berada di rumah tamu dan kebakaran disedari jiran sebelah rumah mereka,” katanya seperti dilapor Harian Metro, hari ini.

Hafisham berkata, kebakaran dipercayai bermula dari dapur dengan anggaran kemusnahan kira-kira 70 peratus.

Bagaimanapun, api  berjaya dikawal pada 3.27 petang dan padam sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam keadaan cuaca panas yang berisiko dengan kebakaran. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 11 at 8.19.26 PM

Lantikan semula lenyapkan persepsi buruk terhadap Azam Baki – PAS

imran tahan

Penahanan Imran Khan tidak sah, perlu dibebaskan segera