in

Bekas PM Pakistan hilang kelayakan sertai pilihan raya selama lima tahun

ezgif.com webp to jpg 6
Imran Khan

LAHORE, 9 Ogos – ekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dilarang bertanding pilihan raya dan memegang jawatan awam selama lima tahun.

Larangan itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya tiga hari selepas Imran dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun berikutan rasuah yang dilakukan.

Situasi berkenaan turut memberi kesan kepada pemimpin berusia 70 tahun itu dilucutkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.

Beliau menyifatkan pertuduhan yang dikenakan sebagai agenda politik tetapi dinafikan pihak berkuasa.

Imran yang dipilih pemimpin Pakistan pada 2018, digulingkan dalam undi tidak percaya, tahun lalu.

Sabtu lalu, Mahkamah Pakistan menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas Imran kerana atas tuduhan secara haram menjual hadiah yang diberikan kepada negara ketika menjadi Perdana Menteri dari 2018 hingga 2022.

Mengikut prosedur, mahkamah perlu mengakui petisyen itu serta menetapkan pendengaran bagi memulakan prosiding rasmi berhubung alasan yang digariskan peguam Khan bagi membatalkan sabitan terbabit.

Beliau ditahan di rumahnya di Lahore dan dibawa ke penjara berhampiran Islamabad.

Pasukan peguam Khan memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan bersalah, yang akan didengar Mahkamah Tinggi Islamabad pada hari ini, kata peguamnya, Naeem Panjutha. – Agensi

rafizi 1

Rafizi dakwa janji naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail oleh PAS tidak berpijak di bumi nyata

sebak 1

Anak Allahyarham Salahuddin Ayub sebak hadir ke Parlimen, cabut plak nama