KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan hospital, mulai Rabu depan.
Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata individu positif COVID-19 pula dikehendaki (tidak diwajibkan) memakai pelitup muka, ketika berada di klinik atau hospital dan di dalam pengangkutan awam.
Selain itu, katanya, arahan tempoh pengasingan kes COVID-19 dipendekkan dari tujuh kepada lima hari bermula dari ‘onset’ gejala pertama, juga berkuat kuasa mulai Rabu depan.
Beliau berkata, kes baharu COVID-19 menurun 53.5 peratus, kematian berkurang 35.3 peratus sejak lima minggu kebelakangan ini.
Pakar kesihatan awam sebelum ini mencadangkan negara beralih ke fasa endemik COVID-19 dan beliau berkata perkara itu akan diputuskan selepas dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Jika perkara itu mendapat kelulusan Kabinet, beliau berkata akan prosedur operasi standard (SOP) baharu.
Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2020 akibat penularan pandemik COVID-19 sebelum memasuki Fasa Peralihan Endemik pada 1 April tahun lalu. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN