in

Tips jaga kesegaran daging korban

IMG 20230629 110305 800 x 500 pixel
Umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha hari ini - Gambar hiasan

IBADAH korban bermula sebaik selesai solat sunat Aidiladha pada hari ini hingga berakhirnya hari tasyrik iaitu pada 13 Zulhijah.

Pengagihan daging korban boleh dibahagikan kepada tiga golongan iaitu orang melakukan korban, fakir miskin dan dihadiahkan kepada saudara Islam.

Ada ketikanya, rezeki agihan daging korban datang melimpah ruah sehingga tidak mampu dimasak sekali gus dalam sehari.

Jika tidak diuruskan dengan betul, daging-daging tersebut berpotensi busuk dan boleh menyebabkan pembaziran.

Bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, KOSMO ingin berkongsi tip untuk memastikan daging korban kekal segar dalam jangka masa lama.

ELAKKAN TERUS MASUK DALAM PLASTIK

Elakkan daripada terus ‘sumbat’ daging yang diletakkan dalam plastik ke peti sejuk.

Daging korban perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan – Gambar hiasan

Sebaiknya, tapiskan dahulu air darah yang terkumpul dan buang sebarang benda asing pada daging.

JANGAN CUCI DENGAN AIR PAIP

Jangan cuci dengan air paip kerana kelembapan air yang memasuki rongga boleh merosakkan kualiti daging tersebut.

Ia hanya boleh dicuci apabila daging berkenaan hendak dimasak.

ASINGKAN IKUT BAHAGIAN

Asingkan daging ikut bahagian seperti tulang, batang pinang, daging cincang dan dalaman iaitu perut, hati, limpa serta paru.

Ini bagi memudahkan proses pengeluaran daging untuk dimasak, tanpa perlu mengganggu kualiti bahagian lain.

SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA

Simpan daging dalam bekas kedap udara sama ada dalam bentuk plastik atau simpanan makanan.

Menyimpan daging yang sudah dibersihkan dalam bekas kedap udara sangat membantu untuk memastikan kesegaran daging korban dapat dikekalkan – Gambar hiasan

Daging yang disimpan dalam keadaan vakum mampu bertahan lebih lama.

Ini kerana kekurangan oksigen bakal merencatkan pertumbuhan bakteria.

LABELKAN SETIAP BEKAS

Labelkan bekas-bekas daging
Pastikan setiap bekas dilabel dengan tarikh penyimpanan daging dan bahagian disimpan sebagai rujukan.

Cara ini mampu membantu pengguna mengenal pasti daging yang terlebih dahulu diletakkan dalam peti sejuk.

Sebelum diletakkan di bahagian sejuk beku, pastikan daging dalam ruang biasa terlebih dahulu selama empat hingga lima jam.

Ini bagi mengelakkan berlakunya perubahan suhu secara mendadak pada daging itu.

SIMPAN DI RUANG SEJUK BEKU

Simpan di tempat paling sejuk
Daging akan mula rosak dengan pantas sekiranya suhu mencecah 5 darjah Celsius (°C).

Proses penyimpanan di ruang sejuk beku juga dapat membantu menjaga kualiti daging korban – Gambar hiasan

Oleh itu, daging perlu diletakkan di bahagian sejuk beku yang suhunya sama atau kurang daripada -18°C.

Jangan lupa, asingkan simpanan daging dengan bahan makanan yang boleh dimakan terus seperti aiskrim supaya dapat mengelakkan pencemaran silang berlaku. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230521 084737 6 x 4 inch

SPRM tahan 3 anggota penguat kuasa

IMG 20230629 120036 800 x 500 pixel

Tak perlu pakai pelitup muka bermula 5 Julai