in

Agong, Permaisuri berkenan laksana tawaf, saie haji

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melaksanakan tawaf dan saie haji di Masjidil Haram, Makkah, semalam - Gambar oleh Istana Negara

PETALING JAYA, 29 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melaksanakan tawaf dan saie haji di Masjidil Haram, Makkah, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Istana Negara, beberapa keping gambar Seri Paduka Baginda berdua dimuat naik ketika melakukan ibadah itu.

“Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka anakanda,” kata hantaran itu.

Kelmarin, Seri Paduka Baginda berdua berangkat berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah.

Agong dan Raja Permaisuri kemudiannya berkenan berangkat menunaikan ibadah melontar di Jamratul Kubra di Mina.

Ibadah melontar di Jamratul Kubra termasuk di dalam perkara-perkara wajib haji yang dilaksanakan pada 10 Zulhijjah.

Seri Paduka Baginda dijadual berada di Kota Suci Madinah dan Makkah sehingga 1 Julai ini bagi menunaikan ibadah Haji. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Tak perlu pakai pelitup muka bermula 5 Julai

Antony nafi serang bekas teman wanita