in

Arab Saudi saran jemaah umrah pakai pelitup muka

IMG 20230817 074204 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

RIYADH, 17 Ogos – Kerajaan Arab Saudi menyarankan pemakaian semula pelitup muka kepada jemaah umrah mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.

Menurut infografik dimuat naik menerusi akaun rasmi Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi di laman X pada Isnin lalu, saranan itu dibuat bagi memelihara tahap kesihatan jemaah umrah dan pengunjung kedua-dua masjid suci umat Islam terbabit, lapor Agensi.

Saranan itu juga adalah antara langkah pencegahan dikuatkuasakan Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah 1445 Hijrah bagi warganegara dan penduduk tetap Arab Saudi serta negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Saranan dikeluarkan beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penyebaran varian Omicron baharu – EG.5 dengan mengklasifikasikannya sebagai ‘varian yang menjadi perhatian’.

Media Arab Saudi sebelum ini melaporkan Jabatan Hal-Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Julai lalu sudah mengedarkan hampir dua juta pelitup muka kepada para tetamu mengunjungi Tanah Suci itu.- nasionalkini.my

IMG 20230816 232721 800 x 500 pixel

Penduduk lari dikepung kongsi gelap

HAKIMAH

JAKIM ambil tindakan pegawai terlibat aktiviti politik