in

Ahmad Shabery ganti Idris ketuai FELDA

IMG 20230629 024603 800 x 500 pixel
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan pelantikannya sebagai Pengerusi FELDA adalah amanah untuk membela warga peneroka.

Beliau berkata, lantikan itu juga satu tanggungjawab berat untuk membawa FELDA ke mata dunia seterusnya memberi imej positif kepada negara.

“Saya amat insaf, rendah diri dan berterima kasih di atas kepercayaan diberikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk saya menerajui FELDA.

“Bagi saya, ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang berat untuk membela dan memajukan warga peneroka, mengangkat FELDA ke persada dunia, yang seterusnya akan memberi impak positif dalam pembinaan negara dan bangsa.

“Ia tidak mungkin dicapai tanpa dokongan kuat dari kerajaan, warga FELDA dan semua pihak yang terlibat dengannya,” katanya, di laman Facebook rasminya, malam tadi.

Gambar hiasan

Terdahulu, FELDA dalam satu kenyataan media memaklumkan, agensi itu optimis pelantikan Ahmad Shabery yang juga bekas Menteri Penerangan serta bekas Menteri Belia dan Sukan, akan dapat meneruskan kesinambungan usaha transformasi FELDA selama ini.

Ahmad Shabery menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2015 hingga 2018, juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Penerangan dari Mac 2008 hingga awal April 2009 sebelum dilantik Menteri Belia dan Sukan.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery turut merakamkan penghargaan kepada Idris atas segala jasa dan khidmatnya terhadap FELDA.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230629 021326 800 x 500 pixel

Peserta demonstrasi koyak, bakar Al-Quran

IMG 20230629 090843 800 x 500 pixel

Anwar solat sunat Aidiladha di Putrajaya