PUTRAJAYA, 29 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan keberkatan Aidiladha dengan menunaikan solat sunat hari raya bersama kira-kira 20,000 jemaah di Masjid Putra di sini pagi ini.
Anwar yang tiba di Masjid Putra kira-kira pukul 8.20 pagi disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd. Yusof sebelum masuk ke dewan utama bagi menunaikan solat sunat Aidiladha, lapor KOSMO.
Turut hadir bagi sama-sama menunaikan solat sunat tersebut ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selain Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Untuk rekod, ini merupakan solat sunat Aidiladha pertama Anwar bersama warga Putrajaya sebagai Perdana Menteri selepas dilantik menerajui pentadbiran kerajaan pada November lalu.
Solat sunat Aidiladha pada pagi ini dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Salahuddin Ghozali sebelum menyampaikan khutbah bertajuk ‘Nilai Pengorbanan’.
Dalam pada itu, ibadah korban di Masjid Putra pula diadakan pada Ahad ini di mana sebanyak 11 ekor lembu akan dikorbankan. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN