in

Idris Jusoh sedih tinggal FELDA

WhatsApp Image 2023 06 28 at 7.40.58 PM
Idris melambai tangan ketika meninggalkan ibu pejabat FELDA, semalam.

Oleh: Mohammad Ishak

JERTIH, 28 Jun – “Sedih tapi redha,senyum sokmo.Selamat tinggal Felda,” begitulah ungkapan terakhir bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Tan Sri Idris Jusoh ketika meninggalkan ibu pejabat agensi itu di Kuala Lumpur semalam.

Suasana sedih dan hiba bukan sahaja diarasai Idris malah turut dikongsi oleh kakitangan di ibu pejabat FELDA ketika menghantar Idris pulang ke rumahnya.

Idris sebelum ini mengumumkan untuk mengundur diri daripada jawatan itu berkuat kuasa 30 Jun ini.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada pimpinan negara melantik pengganti yang lebih sesuai

Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut berkongsi catatan menerusi Facebook miliknya dan meletakkan sekeping gambar beliau sedang berada di dalam kereta sambil belambai tangan kepada kakitangan FELDA.

Idris yang juga bekas Ahli Parlimen Besut dan pernah menjawat jawatan Menteri Pendidikan Tinggi sebelum dilantik sebagai Pengerusi FELDA pada 1 Mei 2020.

“ Kontrak saya dengan agensi itu sepatutnya tamat pada April 2024,” katanya.

Sementara itu, FELDA hari ini mengumumkan bekas Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Pengerusi FELDA yang baharu menggantikan Idris.

Menerusi satu kenyataan FELDA turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Idris yang menamatkan perkhidmatan sebagai pengerusi agensi itu.

“Sepanjang tiga tahun perkhidmatan, Idris telah mengangkat FELDA kembali gemilang dengan pelbagai kejayaan yang dikecapai oleh agensi itu serta warga FELDA,”tambahnya.

Antara kejayaan yang paling besar ialah peningkatan produktiviti lading peneroka yang meningkat lebih dua tan perhektar setahun daripada 17.29 tan perhektar pada tahun 2021 kepada 19.43 tan perhektar pada tahun 2022.

“Peningkatan hasil tersebut secara langsung turut meningkatkan pendapatan warga peneroka,” kata kenyataan tersebut. – nasionalkini.my

IMG 20230628 WA0058

‘Kami tak mampu sediakan RM100,000’

Universiti Malaya

UM kekal universiti terbaik negara, naik lima anak tangga dalam QS World Ranking