in

Peserta demonstrasi koyak, bakar Al-Quran

IMG 20230629 021326 800 x 500 pixel
Salah seorang peserta perhimpunan dan demonstrasi di perkarangan masjid dekat bandar Stockholm bertindak membakar Al-Quran - Gambar oleh Reuters

STOCKHOLM, 29 Jun – Seorang lelaki bertindak mengoyak dan membakar kitab suci Al-Quran di perkarangan masjid dekat bandar Stockholm, semalam.

Tindakan itu dijangka mencetuskan kemarahan Turkiye memandangkan Sweden kini dalam proses memohon untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Polis Stockholm pada awalnya membenarkan perhimpunan dan demonstrasi dilakukan kumpulan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, suspek kemudiannya ditahan dan didakwa atas tuduhan cuba membangkitkan kemarahan antara agama atau etnik tertentu.

Sweden mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO tahun lalu, susulan insiden pencerobohan Ukraine oleh tentera Russia.

Namun, Turkiye tidak menyokong permohonan itu berikutan beberapa siri kejadian membakar dan menghina Al-Quran dilakukan rakyat negara berkenaan.

Insiden itu turut dikritik oleh Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan melalui satu ciapan di akaun Twitter miliknya.

Polis Sweden menahan kumpulan yang membuat perhimpunan dan demonstrasi di perkarangan masjid dekat bandar Stockholm ketika umat Islam di negara itu menyambut Aidiladha – Gambar oleh Reuters

“Tindakan itu adalah sangat tidak boleh diterima dan keputusan polis Sweden membenarkan demonstrasi terbabit atas alasan kebebasan bersuara amat ‘memalukan’,” katanya dipetik dari Reuters.

Lebih 200 orang awam menyaksikan demonstrasi itu dan salah seorang lelaki yang juga penganjur perhimpunan berkenaan mengoyak helaian Al-Quran sebelum mengesat kasut dipakainya menggunakan helaian Al-Quran yang dikoyak itu.

Lelaki itu kemudiannya membakar helaian Al-Quran terbabit.

Wakil masjid Stockholm, Imam Mahmoud Khalfi mempersoalkan keputusan polis Sweden membenarkan kumpulan itu mengadakan perhimpunan dan demonstrasi berkenaan ketika umat Islam menyambut Aidiladha.

Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson dalam sidang medianya semalam enggan mengulas lanjut mengenai status permohonan mereka untuk menyertai NATO, susulan insiden terbaharu itu.

“Perhimpunan dan demonstrasi itu bukan perhimpunan haram, tapi apa yang berlaku ketika ia berlangsung adalah sangat tidak wajar,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

WhatsApp Image 2023 06 28 at 9.53.35 PM

Arif Aiman kini bernilai RM2.3 juta, kekal pemain tempatan termahal

IMG 20230629 024603 800 x 500 pixel

Ahmad Shabery ganti Idris ketuai FELDA