in

Idris Jusoh lepas jawatan Pengerusi FELDA

Tan Sri Idris Jusoh

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 21 Jun – Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Idris Jusoh mengumumkan untuk mengundur diri daripada jawatan itu berkuat kuasa 30 Jun ini.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada pimpinan negara melantik pengganti yang lebih sesuai.

Menerusi laman Facebooknya, bekas Menter Besar Terengganu itu menjelaskan, beliau menerima keputusan dari Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti baharu.

Idris dalam kenyataannya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi peluang kepadanya menjawat jawatan berkenaan.

Penghargaan juga ditujukan kepada warga peneroka, petugas FELDA sepanjang perkhidmatannya.

Idris yang juga bekas Ahli Parlimen Besut dilantik sebagai Pengerusi FELDA dan Pengerusi Lembaga Pengarah agensi itu pada 1 Mei 2020. – nasionalkini.my

IMG 20230621 WA0005

UTeM sedia terima pelajar Rohingya

WhatsApp Image 2023 06 21 at 2.34.39 PM

114,430 ubat dan kosmetik haram dirampas di Pahang