Aimi Isma
ALOR SETAR, 22 Julai – Seorang peniaga wanita warga Myanmar cedera selepas dipercayai membuka satu bungkusan yang ditemui dibahagian belakang sebuah restoran di Jalan Pantai Cenang, Langkawi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 10.27 pagi.
“Mangsa yang berusia 26 tahun itu mengusahakan sebuah kedai makan dibahagian belakang sebuah restoran yang disewanya. Mangsa dipercayai telah membuka bungkusan berkenaan sebelum ia meletup.
“Letupan itu telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dibahagian muka dan badan. Mangsa kemudiannya telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan , hari ini.
Shariman menambah, Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan juga telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Polis sedang mengesan suspek dan mengenalpasti motif kejadian berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya. – nasionalkini.my