in

Suami isteri cedera gas memasak meletup

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU, 31 Julai – Sepasang suami isteri cedera akibat letupan gas memasak dalam kejadian di Flat Desa Melayu, Bakar Batu pada malam tadi.

Komander Operasi, Mohd Haizrul Rahmad, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai letupan gas melalui talian MERS999 pada jam 9.54 malam.

Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera EMRS dari BBP Larkin dengan sembilan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati berlaku letupan gas memasak di tingkat sembilan flat berkenaan.

“Terdapat dua mangsa iaitu suami isteri mengalami kecederaan akibat letupan gas itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Operasi tamat sekitar jam 10.37 malam setelah mendapati keadaan sekeliling selamat.- nasionalkini.my

Pasar pacak di Gunung Lambak

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Pahlawan untuk ATM, PDRM