in

Wanita maut dipijak gajah

IMG 20230814 094901 800 x 500 pixel
Gambar oleh JPKKOA Pos Kemar

GERIK, 14 Ogos – Seorang wanita Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah liar dalam kejadian di Kampung Bal, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di sini petang semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Zaitun dikatakan diserang haiwan liar berkenaan ketika berada di belakang rumahnya.

Difahamkan, mangsa dijumpai penduduk dalam keadaan parah namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan siasatan sedang dijalankan.- nasionalkini.my

bnjir china 2

Angka korban banjir di China meningkat 21 orang

IMG 20230814 101932 800 x 500 pixel

Puad sifatkan Muhyiddin angkuh