in

Kelab Wanita Anggun IM aktif aktiviti kemasyarakatan

IMG 20230828 014426 800 x 500 pixel
Seramai 120 wanita berusia 18 hingga 75 tahun sudah mendaftar sebagai ahli Kelab Wanita Anggun Indera Mahkota

KUANTAN, 28 Ogos – Diasaskan pada September tahun lalu, Kelab Wanita Anggun Indera Mahkota sudah mempunyai 120 ahli ketika ini.

Setiausaha kelab, Datin Sakinah Ishak berkata, kelab itu boleh disertai oleh wanita berusia 18 hingga 75 tahun.

“Kita masih menerima pendaftaran ahli baru dan yuran pendaftaran dikenakan hanya RM5 sahaja.

“Kelab ini terbuka kepada semua kaum dan agama dengan RM12 sebagai yuran tahunan,” katanya kepada wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Kelab Wanita Anggun Indera Mahkota dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Zaiton Mat pada 22 Ogos lalu

Sakinah berkata, kelab itu dilancarkan secara rasmi 22 Ogos lalu oleh Pengerusi Pembangunan Wanita Kuantan, Datuk Zaiton Mat.

Katanya, fokus utama kelab itu adalah merancang dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

“Antara program anjuran kelab adalah senamrobik, aktiviti pendakian merdeka dan karnival jualan.

“Dana dikumpul melalui program karnival jualan akan digunakan bagi membantu ahli dan juga masyarakat yang memerlukan,” katanya.- nasionalkini.my

IMG 20230828 005716 800 x 500 pixel

Sri Pahang belasah Kelantan United

IMG 20230827 171516 800 x 500 pixel

Jenama Eyzad Elfie makin mekar