in

Tikaman rambang: seorang maut, 14 cedera di Korea Selatan

korea
Polis Jabatan Polis wilayah Gyeonggi selatan, Yoon Sung berkata, penyerang dilaporkan merempuh kereta dari arah orang lalu lalang dan kemudian menikam orang ramai secara rawak.

SEOUL, 4 Ogos – Seorang maut manakala 14 lagi cedera dalam kejadian rempuhan kereta dan tikaman rambang di bandar, Korea Selatan, semalam.

Pegawai dari Jabatan Polis wilayah Gyeonggi selatan, Yoon Sung-hyun berkata, penyerang dilaporkan merempuh keretanya ke arah orang lalu lalang sebelum bertindak menikam orang ramai secara rawak.

“Sekurang-kurangnya lima orang cedera akibat dilanggar kereta, dan sembilan yang lain ditikam dalam serangan yang berlaku di kawasan yang sesak,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai di Jabatan Bomba wilayah Gyeonggi, Ha Dong-geun berkata, sekurang-kurangnya dua daripada mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan unit forensik memeriksa dewan di Plaza AK, tempat kejadian tikaman berlaku.

Sebuah kereta hatchback Kia berwarna putih dengan tingkap depan pecah dan tayar hadapan pecah boleh dilihat di kaki lima berhampiran stesen kereta api bawah tanah.

Laporan media menyifatkan penyerang sebagai seorang lelaki berusia 20-an yang bekerja sebagai pekerja penghantaran dan mengalami masalah kesihatan mental.

Polis berkata, penyerang ditangkap di tempat kejadian dan sedang disoal siasat.

Serangan yang tidak dapat dijelaskan itu berlaku beberapa hari selepas satu lagi serangan tikaman yang jarang berlaku membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain.

Surau perlu dana bina bangunan tambahan

Bincang projek HSR lepas keputusan awal Malaysia-Singapura