in

Viva la vida Jose Mourinho

WhatsApp Image 2023 05 16 at 9.43.32 PM

Oleh Iskandar Zulkanain

PERLAWANAN separuh akhir pertama Europa League Jumaat lalu, menyaksikan AS Roma membawa 12 pemain simpanan.

Tiga daripadanya cedera dan berkemungkinan besar musim mereka sudah pun berakhir.

Mereka adalah Chris Smalling, Rick Karsdorp dan Stephan El Shaarawy.

Dua pemain lagi tidak cergas iaitu Paulo Dybala serta Gini Wijnaldum dan berisiko tinggi kembali cedera.

Manakala, empat pemain datang dari skuad primavera (remaja) yang belum pernah merasai dalam kancah bola sepak dewasa.

Beginilah gawat dan getirnya skuad milik jurulatih Jose Mourinho sebelum musim melabuhkan tirai.

WhatsApp Image 2023 05 16 at 9.43.23 PM
Stadio Olimpico sentiasa ‘rumah penuh’, menang, kalah atau seri, 60 ke 70 ribu suara terus bersorak

Sehingga terpaksa membawa Smalling, Karsdorp dan El Shaarawy meskipun 100 peratus mereka takkan diturunkan.

Disebabkan ini prestasi La Lupa tak menentu, pemain lesu, yang ada kini hanyalah hati yang tak mahu mati.

Nada Mourinho atau Mou adakala seumpama patah hati untuk ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Ini selepas beliau menegaskan, hanya pasukan yang berbelanja untuk UCL layak bermain di sana.

AS Roma tidak layak ke UCL, sepanjang musim berbelanja AS$7 juta sahaja, jendela musim dingin hanya mampu meminjam seorang pemain.

Namun Mou tidak mengalah, hendak 1,000 daya, di sini terserlah satu sisi mempersonakan.

Mou kembali membina bakat, mengasah keupayaan dan pada masa sama cuba menutup kelemahan serapat-rapatnya.

Ini juga satu pelajaran hidup, jangan sesekali mendedahkan kelemahan kita kepada khalayak.

Bakat muda diberi peluang maka lahirlah Nicola Zalewski, Edoardo Bove, Benjamin Tahirovic dan Christian Volpato.

Mou juga membina cinta dan keluarga di Roma untuk dijadikan teras dalam usaha menutupi lompong yang hanya boleh diisi dengan wang.

Suatu ketika Mou pernah berkata, pemain yang paling mencintai Roma adalah Bove, dia bermain kerana lencana di dada.

Mou membentuk satu rutin pelik di Trigoria, hari-hari akan ada perjumpaan, pasukan akan makan, bergelak ketawa dan bersantai bersama.

Justeru, tidak hairan sekiranya bekas pemain Inter Milan, Marco Materazzi pernah mendedahkan Mou ingat semua nama anak-anak beliau.

Ini kerana Mou membina ikatan dan rasa itu ajaibnya turut diserap dalam kalangan Romanista di luar Trigoria.

Stadio Olimpico sentiasa ‘rumah penuh’, menang, kalah atau seri, 60 ke 70 ribu suara terus bersorak.

Itu belum bercerita tentang taktikal, betapa beliau seorang yang boleh beradaptasi. Walaupun kadang kala agak negatif.

Secara keseluruhannya semua tindakan dibuat dengan sebab dan ia mampu difahami Romanista.

Menjelang separuh akhir kedua Europa League bertemu Bayern Leverkusen Jumaat ini, ramai menaruh harapan Mou sekali mampu mempamerkan magisnya untuk sekali menggenggam piala di peringkat Eropah. – nasionalkini.my

Untitled design 5 1

Pemuda PAS Terengganu bimbang Coldplay bawa budaya hedonisme

IMG 20230517 WA0000

Penilaian inisiatif Rahmah bulan depan