in

B Sathianathan sudah tiada

Sathianathan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.25 tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Arena bola sepak negara menerima perkhabaran sedih apabila bekas pengendali skuad bola sepak kebangsaan, B Sathianathan meninggal dunia, hari ini.

Perkembangan itu disahkan Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga pengurus skuad bawah 17 tahun negara, Christopher Raj.

“Berehatlah dengan aman, Anna. Anda sudah berjuang dengan baik,” tulis Christopher ringkas dalam ciapannya mengenai pemergian jurulatih berpangalaman itu di Twitter.

Christopher ketika dihubungi BH memaklumkan Sathianathan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.25 tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Musim lalu, Sathianathan, 65, dilaporkan terpaksa berehat daripada arena bola sepak bagi menjalani rawatan kesihatan selepas dinasihatkan oleh pegawai perubatan.

Mendiang yang juga bekas pengendali beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) menjadi antara individu yang banyak memberi pandangan mengenai pembangunan bola sepak negara.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu turut menjadi rujukan kepada media dalam mengulas pelbagai isu berkaitan bola sepak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan luas yang dimilikinya.- nasionalkini.my

03zale 1670075828

KKM buat siasatan dalaman kes kematian Dea Maisarah

2270767

Penunggang basikal OKU maut jadi mangsa langgar lari