in

Penilaian inisiatif Rahmah bulan depan

IMG 20230517 WA0000
Salahuddin (kanan) melancarkan inisiatif payung Rahmah bersama foodpanda di ibu negara, semalam

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Bermula dengan Menu Rahmah Januari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus menerus menyediakan pelbagai inisiatif di bawah ‘Payung Rahmah’.

Ia termasuklah antaranya Bakul Rahmah, Kafe Rahmah, Jualan Murah Rahmah dan Barangan Rahmah dalam usaha menyantuni golongan B40.

Dalam memastikan keberkesanan inisiatif itu, KPDN akan mengadakan mesyuarat hujung bulan depan bagi menilai prestasi inisiatif terbabit selain menambahbaik usaha itu jika perlu.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat itu bagi menilai inisiatif Rahmah secara terperinci selepas mula dilaksanakan awal tahun ini.

“Mesyuarat khas itu adalah untuk kita lihat apa jua tindakan, kesan langsung dan juga pandangan pelbagai pihak.

“KPDN juga terbuka untuk menerima kritikan bagi memastikan enam bulan seterusnya nanti kita dapat perbaiki inisiatif itu dan proses nilai tambah itu.

“Saya rasa lebih penting supaya dari segi kelestariannya dapat kita pertahankan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah bersama ‘foodpanda’ Malaysia di ibu negara, semalam.

Pelancaran inisiatif Menu Rahmah dan Pakej Rahmah anjuran ‘foodpanda’ itu menawarkan set hidangan makanan Menu Rahmah pada harga mampu milik.

Ia dengan menawarkan harga RM5 ke bawah bagi Menu Rahmah manakala Pakej Rahmah ‘Pandamart’ menawarkan dua set barangan runcit pada harga RM50 dan RM30.- nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 16 at 9.43.32 PM

Viva la vida Jose Mourinho

20230517 002830

Blues Untuk Rakyat ubat rindu peminat Papa Rock