in

Pemuda PAS Terengganu bimbang Coldplay bawa budaya hedonisme

Untitled design 5 1

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Pemuda  PAS  Terengganu melahirkan kebimbangan kehadiran kumpulan rock terkenal Coldplay ke negara ini mampu mempengaruhi budaya tidak sihat kepada anak-anak muda di negara ini.

Naib Ketuanya, Hamdi Harun berkata, pihaknya memandang serius penganjuran konsert dari Coldplay kerana dibimbangi menjadi duri dalam daging dan meracuni pemikiran serta budaya rakyat dalam amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Pemuda PAS tidak menolak hiburan tetapi kehadiran kumpulan Coldplay mempunyai mudarat yang lebih besar kepada anak bangsa.

“Tindakan membenarkan budaya hiburan melampau itu akan menjadi bom jangka kepada negara terutama buat anak muda yang jelas akan mengotorkan pemikiran mereka dengan budaya hedonisme,” katanya dalam kenyataan hari ini.

9 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan rock terkenal British, Coldplay yang akan menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur pada 22 November depan.

Harga tiket bagi konsert kumpulan itu juga telah diumumkan dalam laman web Go Live-Asia sebagai penjual rasmi tiket untuk persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Hamdi berkata, pihaknya kecewa dengan kepimpinan utama negara yang mengalu-alukan kehadiran kumpulan rock ini tanpa menghiraukan masalah rakyat yang menghadapi tekanan ekonomi semasa.

“Sehubungan itu kita menyeru rakyat bersama-sama menolak kehadiran kumpulan penyanyi tersebut selain menuntut kerajaan membatalkan konsert tersebut.

“Kita juga menuntut pembatalan konsert ini daripada kerajaan yang menganggap diri mereka Madani,” katanya lagi. -nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 16 at 9.27.49 PM 1

Menteri UMNO bangkitkan isu kalimah Allah dalam mesyuarat Jemaah Menteri

WhatsApp Image 2023 05 16 at 9.43.32 PM

Viva la vida Jose Mourinho