in

West Ham angkat piala Eropah lepas 58 tahun

FB IMG 1686194474293
West Ham meraih trofi Eropah pertama mereka sejak tahun 1965 hasil kemenangan 2-1 ke atas Fiorentina dalam final Liga Konferens Eropah awal pagi tadi - Gambar oleh Reuters

PRAGUE, 8 Jun – Jaringan minit ke-90 Jarrod Bowen memberikan West Ham trofi Eropah pertama mereka sejak tahun 1965 dengan kemenangan 2-1 ke atas Fiorentina dalam final Liga Konferens Eropah.

Ia adalah trofi Eropah kedua West Ham selepas mereka memenangi kejuaraan Piala Pemenang-Pemenang 58 tahun lalu dengan skuad yang turut dibarisi wira Piala Dunia England, Bobby Moore dan Geoff Hurst.

Bowen menerima lorongan Lucas Pacqueta, sebelum menolak bola melepasi penjaga gol, Pietro Terraciano di gawang Fiorentina.

“Saya sentiasa mengimpikan jaringan tetapi menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir. Ia adalah perkara yang anda sering katakan untuk melakukannya.

“Dapat melakukannya di hadapan penyokong-penyokong ini. Rasa seperti hendak menangis. Saya sangat gembira,” kata Bowen dipetik dari AFP.

FB IMG 1686194527955
Jaringan Bowen pada minit ke-90 memastikan kemenangan West Ham mengatasi Fiorentina 2-1 dalam aksi awal pagi tadi – Gambar oleh Reuters

Said Benrahma membuka jaringan untuk West Ham di Prague menerusi sepakan penalti minit ke-62 selepas VAR mendapati Cristiano Biraghi menyentuh bola dengan tangannya ketika cuba menghalang Bowen di dalam kotak penalti.

Giacomo Bonaventura menyamakan kedudukan lima minit kemudian, menewaskan penjaga gol West Ham, Alphonse Areola dengan rembatan kaki kanannya.

West Ham adalah juara kedua Piala Konferens Eropah selepas Roma memenangi kejohanan yang mula diperkenalkan tahun lalu itu.

West Ham turut menempah tiket ke saingan Liga Europa musim depan dengan kemenangan berkenaan, manakala Fiorentina akan terlepas saingan Eropah selepas hanya menduduki tangga kelapan Serie A.

Trofi terakhir West Ham ialah pada tahun 1980 apabila mereka memenangi Piala FA.

Sepanjang musim lalu, mereka bergelut menyelamatkan diri daripada penyingkiran dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-14. – nasionalkini.my

IMG 20230524 132734 6 x 4 inch

Nilai ringgit dibuka lemah pagi ini

IMG 20230608 WA0004

Harga minyak masak paket kekal