in

Sri Pahang ‘ambil’ Ruziev

IMG 20230707 093443 800 x 500 pixel
Pemain import baharu Sri Pahang FC, Kuvondik Ruziev - Gambar oleh Sri Pahang FC

KUANTAN, 7 Julai – Pemain tengah Uzbekistan, Kuvondik Ruziev diumumkan sebagai pemain import baharu kedua Sri Pahang FC pada jendela perpindahan kedua pemain.

Menerusi hantaran Facebook rasmi Sri Pahang, pemain berusia 28 tahun itu muncul rekrut kedua kelab itu bagi memperkasakan jentera tengah.

“Ruziev adalah anggota skuad juara berganda Liga Super dan Piala Uzbekistan bersama Lokomotiv Tashkent pada 2016 dengan SPFC adalah kelab luar Uzbekistan pertama diwakilinya.

Kehadiran Ruziev dijangka menjadi suntikan penting dan menambah kreativiti di bahagian tengah Sri Pahang. Selamat datang Ruziev ke bumi Pahang, hitam putih takkan padam,” menurut kenyataan itu, lapor BH.

Ruziev, bekas pemain kebangsaan Uzbekistan, hadir dari kelab FK Turon yang beraksi dalam liga divisyen satu negara Asia Tengah itu.

Semalam, Sri Pahang mengumumkan kehadiran Rafael Silva, 32, dari Brazil selaku penggempur import baharu yang akan bergandingan dengan penyerang dari Liberia, Kpah Sherman.

Difahamkan, hanya dua pemain import baharu yang dibawa masuk untuk memperkasakan jentera serangan dan tengah skuad itu. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230707 092339 800 x 500 pixel

Mahrez pilih Al-Ahli

IMG 20230707 095721 800 x 500 pixel

JPN wajar permudah urusan warga emas OKU