in

Pemain Sri Pahang FC cedera kemalangan

FB IMG 1686116334796
Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke padang latihan pada jam 4.30 petang semalam - Gambar oleh Sri Pahang FC

KUANTAN, 7 Jun – Sri Pahang FC terpaksa melupakan khidmat Muhammad Ashar Al Aafiz Abdullah buat seketika selepas pemain pertahanan itu terbabit dalam kemalangan di sini, semalam.

Menerusi kenyataan rasmi Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC), pemain berusia 28 tahun itu terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke padang latihan pada jam 4.30 petang.

“Ashar dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini. dan menerima rawatan untuk kecederaan di bahagian dagu serta mengalami luka lain.

“Beliau kini dalam keadaan stabil di Kuantan Medical Center (KMC).

“Ashar yang menunggang motosikal dilaporkan hilang kawalan setelah sebuah kenderaan lain keluar dari simpang secara tiba-tiba sebelum ia terbabas berhampiran pejabat Risda Kuantan.

“Seluruh warga SPFC mendoakan kesembuhan segera buat Ashar dan kembali beraksi di atas padang,” katanya, lapor BH.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Dollah Salleh, berkata keadaan Muhammad Ashar itu stabil.

“Alhamdulillah, kecederaan yang dialami Ashar hanya di bahagian dagu. Tiada kecederaan serius membabitkan bahagian kaki dan tangan.

“Setakat ini, saya belum pasti tempoh pemulihan susulan daripada kecederaannya itu,” katanya. – nasionalkini.my

Aktiviti luar kelas dibenarkan

download

Bentong catat suhu panas tahap satu