MANCHESTER, 7 Julai – Bintang Manchester City, Riyad Mahrez dilaporkan bersetuju untuk perpindahan bernilai 410,000 pound (RM2.09 juta) seminggu ke Arab Saudi.
Namun pemain sayap itu tidak akan memaksa perpindahan keluar selepas memenangi treble di bawah bimbingan Pep Guardiola.
Mahrez, 32, menjadi tonggak penting City sejak berpindah dari Leicester pada tahun 2018.
Pemain Algeria itu meledak 78 gol dalam 236 perlawanan di Emirates, memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu Liga Juara-Juara Eropah.
Mahrez antara bintang terkini yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi untuk menyertai Al-Ahli.
Al-Ahli sudah berbelanja besar untuk mendapatkan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, dan turut mengesahkan perpindahan pemain Liverpool, Roberto Firmino.
Kini Al-Ahli menawarkan kontrak bernilai 410,000 pound seminggu kepada Mahrez selepas berhubung dengan pemain itu bulan lalu.
Mahrez turut berminat perpindah ke Timur Tengah, tetapi masa depannya kini terletak di tangan City, dengan Guardiola masih mahu menggunakan khidmatnya.
Rakan sepasukannya, Bernardo Silva juga sedang dipancing untuk tawaran lumayan beraksi di Arab Saudi. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN