in

Speedy Tigers belasah Kanada

 

SKUAD hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, petang semalam.

Skuad Speedy Tigers (gambar atas) kendalian Sarjit Singh yang dijinakkan Pakistan 4-5 pada Sabtu, dikejutkan menerusi jaringan Devohn Noronha-Teixeira pada minit ke-12.

Namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Mohamad Fitri Saari segera menyamakan kedudukan seminit kemudian.

Speedy Tigers kemudiannya meningkatkan intensiti permainan menambahkan jaringan menerusi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-14.

Azimuddin Syakir Kamaruddin, memastikan gol ketiga pasukan negara pada minit ke-19 untuk mendahului 3-1 pada separuh masa pertama,lapor Sinar Harian.

Separuh masa kedua, Speedy Tigers yang merupakan juara bertahan menambah gol lagi melalui Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (m-31) sebelum Kanada merapatkan jurang menerusi Avjot Buttar’s minit ke-42.

Skuad negara meneruskan pesta gol menerusi pukulan sudut penalti Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-48 diikuti sentuhan Faizal Saari seminit kemudian.- nasionalkini.my

Pengajaran berguna untuk Kerajaan Perpaduan

37 menu penyeri majlis Aidilfitri PAID Jengka