KUANTAN, 9 Jun – Skuad hoki Pahang perlu menang dalam perlawanan menentang pasukan Johor yang dijadualkan petang ini di Stadium Hoki Indera Mahkota, di sini.
Pahang menjadi tuan rumah bagi kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia) tahun ini.
Perlawanan kedua dalam kejohanan anjuran MAKSAK Malaysia itu adalah bagi menentukan pasukan mana layak mara ke pusingan suku akhir.

Dalam perlawanan pagi tadi, Pahang berjaya menjinakkan pasukan dari Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-0.
Gol pertama dan kedua dijaringkan Sabri Mohamad melalui pukulan sudut penalti.
Manakala gol ketiga pula hasil jaringan padang Ikhwan Mansor.
Kapten pasukan Pahang, Ahmad Hafiz Mohamed pula muncul pemain terbaik bagi aksi pertama itu. – nasionalkini.my