in

Pengajaran berguna untuk Kerajaan Perpaduan

Gambar hiasan

KUANTAN, 3 Mei – Tugas pengundi di Kuala Kubu Bharu adalah sangat berat.

Seluruh negara sedang memerhati apa hasil pilihan raya kecil (PRK) di situ yang akan berlangsung pada 11 Mei nanti.

Tempoh kempen juga sudah memasuki pusingan kedua dan semua jentera makin gigih mendekati pengundi tradisi mereka, dalam masa sama ‘mencari’ pengundi baru.

Bagi ahli jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) Pahang, Dr Abdul Rasid Md Ali, pengundi berdaftar di Kuala Kubu Bharu perlu keluar beramai-ramai pada hari pengundian.

“Ini bukan tugas pengundi Melayu atau pengundi India atau Cina saja… ini tugas semua pengundi di Kuala Kubu Bharu.

“Tugas besar untuk memberi pengajaran kepada kerajaan yang zalim terhadap rakyat.

“Kerajaan yang memperkenalkan pelbagai cukai baru ketika rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup.

“Kerajaan yang gagal mengawal dan menguruskan pelbagai masalah hingga membuatkan rakyat kecewa,” katanya.

Dr Abdul Rasid Md Ali

Abdul Rasid yang merupakan Ketua BERSATU Cameron Highlands mengingatkan kepada pengundi untuk memberi pengajaran kepada pemimpin yang hidup mewah ketika rakyat makin tersepit dalam kesusahan.

“Ada yang cadangkan rakyat makan ubi kayu apabila kerajaan masih gagal atasi isu kekurangan bekalan beras.

“Pemimpin berlagak sombong seperti ini tidak layak memegang kuasa kerana mereka tidak faham realiti kehidupan rakyat kebanyakan.

“Jadi, rakyat wajib tolak kelompok bahalol yang menggunakan kuasa untuk mempersendakan kesusahan hidup rakyat,” katanya.

Dia juga menyarankan ‘operasi pembodohan’ rakyat dihentikan segera oleh pimpinan kerajaan Madani serta mengakui kelemahan dan kegagalan mereka.

“Kalau dilihat kepada prestasi semasa, sudah tentu kita boleh nilai bahawa kerajaan PN – selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan 1.0 – adalah lebih bersih dan berintegriti.

“Jadi, saya mengajak pengundi Kuala Kubu Bharu menghantar isyarat jelas kepada mereka pada 11 Mei ini,” tegasnya.— nasionalkini.my

Polis keluar 28 permit ceramah, 25 permit kempen

Speedy Tigers belasah Kanada