in

Selangor tewaskan KL City

Kemenangan itu menyaksikan Selangor kini mengumpul 43 mata selepas mengharungi 20 perlawanan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Selangor mengekalkan status ‘Raja Lembah Klang’ selepas menewaskan pasukan jiran, Kuala Lumpur (KL) City 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Gergasi Merah yang dalam misi mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua Liga Super berjaya mendahului naib juara Piala FA itu menerusi jaringan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-32.

Selepas itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe dipaksa bekerja keras sebelum mesin gol mereka, Ayron Del Valle menambah gol kedua pada minit ke-76 dan mengesahkan kemenangan penting buat Gergasi Merah.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor kini mengumpul 43 mata selepas mengharungi 20 perlawanan, 11 mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi kurang dua perlawanan, lapor BH.

Malang bagi pengendali baharu KL City, Nenad Bacina apabila gagal membantu City Boys meneruskan rentak kemenangan selepas membelasah Kelantan 5-1 dalam aksi liga dan Penang 4-0 dalam saingan Piala Malaysia.

Kekalahan itu menyebabkan KL City jatuh ke tangga ketujuh liga dengan mengumpul 28 mata selepas beraksi 19 perlawanan.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

https://www.nasionalkini.my/sukan/ubah-tarikh-jual-tiket-pestabola-merdeka/

10 warga asing hilang tempat tinggal akibat kebakaran

Terengganu belasah Kelantan United