KULAI, 9 Ogos – Sekumpulan 10 warga asing kehilangan tempat tinggal selepas enam kediaman didiami mereka hangus dalam kebakaran pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi membabitkan enam unit rumah di Lorong 3 Bandar Kulai, berhadapan dengan Pasaraya Cowboy di sini.
Berdasarkan maklumat, semua 10 warga asing terbabit terselamat kerana sempat keluar sebaik menyedari kediaman mereka terbakar.
Jurucakap Bomba Johor, berkata dua jentera selain satu unit EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai dan Skudai dengan kekuatan 20 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai kebakaran itu.
Operasi turut dibantu pasukan bomba sukarela Kulai Besar dan Senai dengan kekuatan 10 anggota.
“Kebakaran membabitkan enam rumah jenis separuh kekal.
“Mujur kira-kira 10 mangsa sempat menyelamatkan diri apabila menyedari rumah mereka terbakar.
“Ia berikutan hampir keseluruhan ruangan semua rumah berkenaan musnah,” katanya kepada BH.
Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 12 tengahari.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.- nasionalkini.my