in

Pogba positif doping

IMG 20230912 083014 800 x 500 pixel
Gambar oleh AFP

ROME, 12 September – Pemain tengah Juventus dan Perancis, Paul Pogba digantung sementara selepas ujian doping mendapati tahap testosteronnya meningkat, kata pihak anti-doping Itali.

Selepas musim dibelenggu kecederaan dan skandal peras ugut, impian pemain 30 tahun itu untuk kembali mencorak kariernya dijejaskan oleh dakwaan doping susulan kemenangan 3-0 Juventus di Udinese pada 20 Ogos, ketika dia hanya memanaskan bangku simpanan.

Isnin lalu, juara dunia 2018 itu memberitahu media yang dia mempunyai impian untuk kembali bermain selepas tahun sukar yang hampir memusnahkan kariernya.

Organisasi Anti-Doping Kebangsaan (NADO) berkata Pogba melanggar peraturan anti-doping apabila bahan terlarang ‘testosterone metabolites’ bukan semula jadi dikesan dalam badannya, lapor AFP.

Juventus berkata Pogba dikenakan hukuman gantung sementara.

Ujian membabitkan sampel A dan jika sampel B juga positif, Pogba berdepan hukuman gantung empat tahun.

Pogba menyertai Juventus dari Manchester United pada Julai 2022.- nasionalkini.my

IMG 20230912 081352 800 x 500 pixel

Perjalanan terakhir seorang guru

IMG 20230912 093023 800 x 500 pixel

Muzium Pahang lancar buku ‘Budi Pujangga : Apabila Guru dan Murid Bertinta’