in

Impian treble City jadi kenyataan

mc03
Guardiola kini sudah memenangi trofi itu sebanyak tiga kali selepas muncul juara bersama Barcelona pada tahun 2009 dan 2011 -Gambar oleh AFP

ISTANBUL, 11 Jun – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata impian treble dan kejayaan Liga Juara-juara Eropah pertama pasukannya sudah tertulis di bintang selepas kemenangan ke atas Inter Milan, awal pagi tadi.

Jaringan minit ke-68 Rodri memberikan City kejuaraan sulung dalam kejohanan itu, dan bernasib baik apabila Inter terlepas beberapa peluang di babak kedua untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

“Amat sukar untuk memenanginya. Mereka (pemain-pemain City) sangat bagus. Sabar, kata saya ketika rehat.

“Kami bernasib baik. (Penjaga gol) Ederson atau mereka (Inter) tersasar, mereka mampu seri.

“Ia sudah tertulis di bintang. Ia milik kami,” kata Guardiola dipetik AFP selepas kemenangan di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul.

Guardiola kini sudah memenangi trofi itu sebanyak tiga kali selepas muncul juara bersama Barcelona pada tahun 2009 dan 2011.

Kemenangan itu turut memberikan City kejuaraan treble selepas memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala FA musim ini.

“Kami akan meraikannya di hotel bersama keluarga dan rakan-rakan. Isnin (esok) perarakan akan diadakan di Manchester. Dengan pertandingan ini, treble amat sukar,” katanya.

City beberapa kali terlepas peluang memenangi Liga Juara-Juara Eropah pertama mereka sejak kelab diambil alih pemilik dari Abu Dhabi pada tahun 2008, termasuk kekalahan pada final di tangan Chelsea dua tahun lalu.

Dalam aksi awal pagi tadi, Rodri menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-68 di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul untuk memastikan kejuaraan ketiga City musim ini selepas Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

mc02
Rodri menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-68 di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul untuk memastikan kejuaraan ketiga City musim ini selepas Liga Perdana Inggeris dan Piala FA -Gambar oleh Reuters

Ia adalah gelaran Liga Juara-Juara ketiga buat pengendali City, Pep Guardiola yang memenanginya sebanyak dua kali bersama Barcelona.

Permainan mungkin akan berlanjutan ke masa tambahan sekiranya tandukan Romelu Lukaku tidak diselamatkan penjaga gol City, Ederson lapan minit kemudian.

Di awal babak kedua, City bernasib baik apabila tandukan Federico Dimarco dihalang rakan sepasukannya sendiri, Lukaku.

Inter berjaya menghalang City daripada menjaringkan gol di babak pertama yang menyaksikan perancang kelab Inggeris itu, Kevin De Bruyne terpaksa dikeluarkan pada minit ke-36 akibat kecederaan, dan digantikan oleh Phil Foden.

Pemain Belgium itu turut menerima nasib sama ketika City tewas pada final Liga Juara-Juara 2021 di tangan Chelsea. – nasionalkini.my

gaza women

Wanita Gaza kreatif, ubah sisa fabrik jadi barangan berguna

kopi01

Kombinasi unik kopi dan nasi ayam Original di Faiz Koffee House