GAZA, 10 Jun – Sekumpulan wanita di Semenanjung Gaza menggunakan masa lapangnya memproses pelbagai sisa fabrik yang terbiar di kilang untuk menghasilkan barangan yang boleh dikitar semula sebagai sebahagian daripada projek kitar semula.
Kain lebihan dan kulit dari kilang di wilayah itu diubah menjadi sebagai sebahagian daripada projek ‘Jarum dan Benang’.
Ketua projek berkenaan, Inas El-Gul berkata, idea itu bermula di kawasan pedalaman apabila menemukan banyak lebihan barangan di kilang-kilang dan dilihat masih boleh digunakan sekiranya kreatif .
“Saya melihat banyak lebihan jadi saya cuba berbincang dengan kaum wanita di sini untuk menghasilkan menjadi bahan berguna dan boleh dikitar semula.
“Pada awalnya kaum wanita di sini tiada idea dan mereka buntu dengan lebihan berkenaan menyebakan bahan berkenaan dibuang begitu sahaja.
Jadi, saya mengambil peluang ini dan melatih mereka sehingga membuahkan hasil,” katanya seperti dipetik middleeastmonitor.com.
Inas memberitahu projek berkenaan bermula 2020 lagi selepas melihat banyak pembaziran berlaku.
“Saya menyahut cabaran itu. Mereka sedang menjalankan kajian mengenai sisa dan keupayaannya,” ujarnya yang mendapati jumlah sisa terbesar adalah fabrik dan kulit daripada kilang
Inas yakin kerja yang dilakukan membawa hasil dan manfaat selain membantu alam sekitar dengan mengurangkan pembakaran dan lebihan di tapak pelupusan.
“Matlamat utama projek itu adalah untuk membersihkan alam sekitar selain itu adalah untuk menyediakan rezeki kepada wanita yang memerlukan,” katanya.
Kini hasil projek boleh dijadikan bahan berguna dan boleh memberi hasil pendapatan kepada kaum wanita di Palestin. – nasionalkini.my