in

25 maut kebakaran di kelab malam

Gambar oleh Agensi

ISTANBUL, 3 April – Sekurang-kurangnya 25 orang maut apabila kebakaran berlaku di sebuah kelab malam Istanbul yang sedang menjalani pengubahsuaian, lapor agensi berita Turki Anadolu, yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Bilangan yang cedera di bangunan 16 tingkat di daerah Beşiktaş, di sebelah Eropah bandar itu, tidak masih tidak didedahkan buat masa ini.

Anadolu melaporkan, pejabat gabenor Istanbul berkata, kebakaran berlaku sekitar tengah hari ini di tingkat bawah bangunan itu, di mana kelab malam itu terletak.

Punca sebenar tidak jelas, tetapi kebakaran mungkin bermula semasa pengubahsuaian bangunan yang sedang dijalankan, kata pejabat itu.

Lima orang telah pun ditangkap, lapor penyiar CNN Türk tanpa memberikan butiran lanjut.

Pejabat pendakwa raya telah melancarkan siasatan.– nasionalkini.my

SOSMA, lucut kewarganegaraan pengendali portal Harapan Daily

Bekalan air pulih di Pasir Mas, Tumpat