in ,

UMNO Kota Raja harap Tengku Zafrul diangkat jadi calon DUN Sungai Kandis

WhatsApp Image 2023 06 27 at 7.59.59 PM
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja,, Abdul Raof (tengah) menyuarakan hasrat UMNO Kota Raja yang mahu supaya Tengku Zafrul diletakkan sebagai calon PRN DUN Sungai Kandis.

Oleh Aliah Ramli

KLANG, 27 Jun – UMNO Bahagian Kota Raja berharap Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diketengahkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), kali ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar berkata, Tengku Zafrul merupakan seorang yang berdedikasi, berintegriti dan berpengalaman dalam bidang pentadbiran selain mempunyai visi dan misi yang jelas untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat.

UMNO Bahagian Kota Raja menyokong penuh Tengku Zafrul sebagai calon Kerajaan Perpaduan di DUN tersebut untuk merealisasikan perubahan yang diimpikan.

“Bersama Tengku Zafrul, kita mampu mencapai masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua.

“Saya yakin Tengku Zafrul akan berusaha gigih untuk memajukan kawasan DUN yang beliau tandingi dan mampu memperjuangkan kepentingan rakyat,” katanya.

Katanya, pencalonan Tengku Zafrul juga selari dengan semangat kerjasama PH-BN melalui Kerajaan Perpaduan yang dibentuk di peringkat pusat.

“Ketika ini Parlimen Kota Raja diwakili oleh wakil rakyat daripada  Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). Adalah wajar DUN Sungai Kandis yang hampir
70 peratus pengundi Melayu diwakili oleh UMNO.

” Hasrat ini harus dizahirkan dan dipertimbangkan oleh kepimpinan parti gabungan BN- PH demi memberi keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang akan dibentuk selepas ini,” tambah beliau.

Sebelum ini media melaporkan kemungkinan Tengku Zafrul akan bertanding di salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Kota Raja.

Kerusi yang dimaksudkan adalah Sungai Kandis selain terdapat juga dakwaan mengatakan Tengku Zafrul akan bertanding di DUN Kuang (bawah Parlimen Selayang) .

Bagaimanapun, sehingga saat ini tiada pengesahan berhubung perkara itu susulan agihan kerusi antara PH-BN di 56 DUN Selangor belum dimukmadkan..

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan yang pengagihan kerusi antara PH-BN dijangka akan diketahui selepas Aidiladha. – nasionalkini.my

image 1

Aidiladha: Penjawat awam Selangor dapat cuti tambahan, Jumaat ini

gaza kanak2

80 peratus kanak-kanak Gaza alami tekanan psikologi