in

DAP Pulau Pinang tampil 7 muka baharu

dap
Loke (tengah) bergambar bersama calon-calon DAP Pulau Pinang pada Majlis Pengumuman calon di Georgetown,

GEORGETOWN, 25 Julai – DAP Pulau Pinang menampilkan tujuh muka baharu sebagai calon parti itu bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.

Antara tujuh muka baharu yang ditampilkan DAP dalam PRN kali ini ialah Phee Syn Tze yang bakal bertanding di DUN Sungai Puyu, Chee Yeeh Keen (Bagan Jermal), K. Kumaran (Bagan Dalam), S. Sundarajoo (Perai), Joshua Woo Sze Zeng (Pulau Tikus), Wong Yuee Harng (Pangkalan Kota) dan Connie Tan Hooi Peng (Seri Delima).

Selain itu, 10 penyandang kerusi pula kekal bertanding di kerusi DUN masing-masing pada PRN kali ini yang terdiri daripada Chow Kon Yeow (Padang Kota), Heng Lee Lee (Berapit), Jason Hng Mooi Lai (Jawi), Zairil Khir Johari (Tanjong Bungah), Lim Guan Eng (Air Putih) dan Teh Lai Heng (Komtar).

Turut kekal tersenarai sebagai calon ialah Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat), Liew Siew Khim (Sungai Pinang), Ong Ah Teong (Batu Lanchang) dan Joseph Ng Soon Siang (Air Itam).

Namun, tujuh penyandang digugurkan daripada bertanding pada PRN negeri itu.

Mereka terdiri lima Exco pentadbiran kerajaan negeri iaitu Phee Boon Poh (Sungai Puyu), Soon Lip Chee (Bagan Jermal), Chong Eng (Pangkalan Kota), Yeoh Soon Hin (Paya Terubong) dan P. Ramasamy (Perai). Turut digugurkan ialah M. Satees (Bagan Dalam) dan Lee Chun Kit (Pulau Tikus).

Dua penyandang kerusi iaitu Daniel Gooi Zie Sen yang sebelum ini menyandang kerusi DUN Pangkalan Kota kali ini diletakkan bertanding di kerusi Padang Lalang. – nasionalkini.my

image

PRN: Majlis penyerahan watikah calon BN Terengganu ditangguhkan

SPRM 990x440 1

Kes AMLA: Ahli perniagaan ditahan SPRM terlibat dana meragukan