in ,

Pertikai kewibawaan Kesultanan Selangor: PN digesa mohon maaf segera

sanusi ceramah
Datuk Seri Muhammad Sanusi didakwa menghina Sultan Selangor dengan membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor menggesa Perikatan Nasional (PN) untuk membuat permohonan maaf serta-merta susulan kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu.

Juwairiya Zulkifli dalam kenyataan memaklumkan, PN diingatkan tidak lagi mengaitkan Sultan Selangor dalam kempen pilihan raya dan ceramah politik.

Beliau turut menyifatkan tindakan Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu sebagai biadab, celupar dan tidak wajar dalam adab orang Melayu terhadap Raja.

juwairiya 1
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Zulkifli menyifatkan tindakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu sebagai tindakan biadab, celupar dan tidak wajar dalam adab orang Melayu terhadap Raja.

“Saya merujuk kenyataan Menteri Besar Kedah, itu dalam satu ceramah beliau di Selayang dan ia adalah tindakan biadab, celupar, dan tidak wajar dalam adab orang Melayu terhadap Raja.

“Saya menggesa agar PN mengeluarkan permohonan maaf dengan serta-merta dan tidak lagi mengaitkan Sultan Selangor dalam kempen pilihan raya dan ceramah politik.,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular video ceramah Muhammad Sanusi yang didakwa menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya, institusi Diraja adalah berdaulat dan tidak seharusnya dilemparkan dengan tuduhan tidak berasas demi meraih sokongan.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya  pada 19 Jun lalu mengingatkan agar parti politik tidak memainkan isu agama, kaum dan isu sensitif lain yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan kelak. -nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 13 at 8.43.18 PM 1

Pentadbir masjid surau diingat tingkat kawalan larangan politik dalam masjid

quran

Kuwait rancang terbit 100,000 naskhah al-Quran dalam bahasa Sweden