KOTA BHARU, 12 Ogos – Kepemimpinan PAS Kelantan akan menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, malam ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pemilihan calon akan diserah kepada Abdul Hadi sebelum dipersembahkan kepada Sultan Kelantan.
“Selepas semua calon kita dapat, kita akan hantar nama dan presiden akan buat keputusan sebelum persembahkan kepada Tuanku Sultan.
“Ini semua selepas keputusan PRN diumumkan malam ini, dapat berapa kerusi, di mana (calon DUN) yang harus kita ambil, biasanya tiga calon atau lebih,” katanya.
Ahmad yang dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bermula 6 Mei 2013 berkata, tanggungjawabnya selama dua penggal itu akan dilepaskan.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, perkara itu sudah lama disuarakan kepada Abdul Hadi sebelum ini
Beliau bagaimanapun menaruh keyakinan parti itu masih kekal memerintah Kelantan. – nasionalkini.my