in

Aidiladha: Penjawat awam Selangor dapat cuti tambahan, Jumaat ini

image 1
Kemudahan cuti tambahan itu adalah khusus kepada semua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja.

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Kerajaan Selangor memberi sehari cuti tambahan pada Jumaat ini, kepada penjawat awam di negeri ini sempena Aidiladha.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim memaklumkan, kemudahan cuti tambahan itu selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

WhatsApp Image 2023 06 27 at 8.13.22 PM
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim

Beliau berkata, kemudahan cuti tambahan itu adalah khusus kepada semua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja.

“Bagaimanapun, Badan Berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 ( Akta 265),” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Dalam pada itu, Haris mewakili pentadbiran kerajaan negeri mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat negeri Selangor. – nasionalkini.my

20160606 140939

Sultan Terengganu berkenan membubarkan DUN Terengganu esok

WhatsApp Image 2023 06 27 at 7.59.59 PM

UMNO Kota Raja harap Tengku Zafrul diangkat jadi calon DUN Sungai Kandis