in ,

Tok Mat bertanding kerusi Dun Rantau kembali

WhatsApp Image 2023 07 04 at 5.35.23 PM
Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Dermasiswa dan sumbangan komputer riba Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) di Wisma Pertahanan di Kuantan hari ini

KUALA LUMPUR 4 Julai – Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang.

Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) secara berseloroh berkata, beliau berpotensi untuk memenangi semula kerusi itu pada PRN kali ini.

“Kita tak letakkan ‘ratio’ (nisbah) berapa muka baharu atau lama. Kalau muka lama boleh menang…kalau saya bertanding boleh menang, takkan mahu buang saya pula.

“InsyaAllah (akan bertanding untuk mengekalkan kemenangan di DUN Rantau),” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Dermasiswa dan sumbangan komputer riba Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Sabtu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata, gabungan itu dijangka bertanding sebanyak 45 peratus daripada 245 kerusi DUN pada enam PRN akan datang, manakapa bakinya akan ditandingi Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pengagihan itu dibuat berdasarkan kemenangan diperoleh menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Mohamad berkata, BN masih menunggu senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) daripada pengerusi perhubungan di enam negeri yang akan bertanding kelak.

Beliau berkata, BN akan menapis calon dan menyaring dalam tempoh terdekat bagi memastikan calon yang bertanding akan memenangi kerusi yang dipertandingkan.

“InsyaAllah dalam masa terdekat (proses saringan calon BN bagi PRN). Kami (kepemimpinan utama BN) masih menunggu daripada pihak negeri untuk kita lihat senarai calon yang dibawa mereka,” katanya – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 04 at 5.31.50 PM

Pertumbuhan ekonomi Pahang Barat Plus, lima tahun lagi

JAIS ABDUL KARIM

Rasuah JPN boleh rosakkan kepercayaan orang awam