in

Tanah rizab Melayu makin ‘hilang’ akibat tamak

Gambar hiasan

CAMERON HIGHLANDS, 28 Mac – Sejak tahun 2012, isu ‘kehilangan’ tanah rizab Melayu sudah mula dimainkan oleh pelbagai pihak.

Namun selepas lebih 10 tahun, belum ada tanda masalah itu akan segera selesai.

Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berpendapat, isu itu tidak selesai disebabkan tidak ada pihak yang benar-benar mahu bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian.

Bulan lalu, diumumkan dalam satu forum bahawa tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus.

Dr Abdul Rasid Md Ali

“Jumlah rizab makin mengecil itu tidak pelik, semua boleh dijual beli secara sah.

“Tapi sebagai ganti kepada tanah rizab Melayu yang dijual itu, bagaimana nak ganti semula.

“Kalau selamanya kita jual saja, tapi tiada tanah rizab diganti, memang kesudahan semua yang ada akan hilang,” katanya.

Dia berkata, penjualan tanah rizab Melayu hanya boleh dilakukan oleh pemilik sah tanah itu atau kerajaan negeri yang memegang amanah untuk menjaga tanah rizab berkenaan.

“Ada kalanya kelemahan tadbir urus di peringkat kerajaan negeri juga menjadi punca tanah rizab dijual.

“Tapi perlu ada satu badan kawal selia khas di peringkat negeri untuk memerhati sebarang aktiviti jual beli tanah rizab Melayu,” tegasnya.– nasionalkini.my

 

 

Thailand lulus kahwin sejenis

Status enam ahli parlimen BERSATU kekal