in

Lucut kewarganegaraan jika gagal kuasai Bahasa Melayu

Gambar hiasan

KUANTAN, 23 Mac – Tindakan lebih keras boleh dipertimbangkan terhadap warganegara Malaysia yang gagal menguasai Bahasa Melayu.

Ini termasuk wakil rakyat yang dipilih di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Pahang, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, terdapat segelintir wakil rakyat masih gagal menggunakan Bahasa Melayu dengan baik, walaupun sudah puluhan tahun hidup di Malaysia.

“Ketidakmampuan mereka menguasai dengan baik Bahasa Melayu adalah memalukan.

“Bagaimana mereka nak menjalankan tanggungjawab sedangkan dalam bab berbahasa pun tidak pandai,” katanya.

Dr Abdul Rasid Md Ali

Abdul Rasid berkata, lebih memalukan apabila wakil rakyat itu dipilih sebagai menteri Kabinet namun ‘terkial-kial’ apabila berucap dalam Bahasa Melayu.

“Menteri seperti ini, saya fikir lebih bagus kalau dia sedar diri dan letak jawatanlah,” katanya tanpa menamakan mana-mana menteri Kabinet.

Dia yang juga Ketua BERSATU Cameron Highlands turut mencadangkan supaya kerajaan menyemak semula ketulenan taraf kewarganegaraan dimiliki sebahagian penduduk yang gagal berbahasa Melayu.

“Kalau tak layak dapat warganegara, baguslah… tapi kalau dah dapat, baik kerajaan lucutkan semula taraf kewarganegaraan itu,” katanya.— nasionalkini.my

UMNO tidak letak calon di Kuala Kubu Bharu

Berbuka, tarawih di Lepar Utara