in

Status enam ahli parlimen BERSATU kekal

IMG 20240328 132707 800 x 500 pixel
Gambar oleh BH Online

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Enam ahli parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan belum menerima apa-apa surat tunjuk sebab susulan kelulusan pindaan perlembagaan parti itu berkaitan berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sekali gus mengesahkan tiada perubahan berlaku pada status mereka sebagai ahli parti dan juga ahli parlimen.

“Hingga hari ini, kami belum terima apa-apa surat tunjuk sebab, dan kami kekal status qou… tiada apa-apa yang berubah (dengan status kami),” katanya lapor BH Online.

Selain Syed Abu Hussin, lima lagi ahli parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan adalah Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Pada 2 Mac lalu, BERSATU melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa meminda perlembagaan parti itu bagi membendung wakil rakyatnya daripada memberi sokongan kepada lawan.–nasionalkini.my

IMG 20240328 130731 800 x 500 pixel

Tanah rizab Melayu makin ‘hilang’ akibat tamak

IMG 20230706 104146 800 x 500 pixel

Peniaga tembikai, popiah bertumbuk akibat tapak bazar Ramadan